SUMBANGAN KAD TNG BELIA MADANI SAHABAT PMX Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrahmanirrahim, Selari dengan komitmen MKM UPM dalam menjaga kebajikan mahasiswa, inisiatif Sumbangan Kad Touch ’n Go Belia MADANI Sahabat PMX dilaksanakan bagi membantu meringankan keperluan mobiliti dan perbelanjaan perjalanan mahasiswa UPM yang layak. Sehubungan itu, mahasiswa dipelawa untuk mengisi borang pendaftaran dengan maklumat yang lengkap dan tepat. Setiap permohonan akan melalui proses semakan serta tapisan sebelum senarai penerima yang layak dimuktamadkan. Maklumat lanjut berkaitan proses penyerahan Kad Touch ’n Go akan dimaklumkan kepada penerima terpilih dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila hubungi, di: Nana: +60123994600 Aiman: +601110559801 Sekian, terima kasih. #MKMUPM #BeliaMADANISahabatPMX #MalaysiaMADANI #IntegritiPenerajuReformasi